REFLEKSI MINGGU 1
Salam sejahtera dan salam perpaduan semua. Pada minggu 1 ini, kami didedahkan dengan cara mendapatkan maklumat dan mencari bahan bantu mengajar menggunakan enjin carian seperti google dan yahoo. Dalam tugasan pada minggu ini, kami diminta oleh Encik Firdaus, pensyarah pembimbing kami untuk membuat folder yang berkaitan dengan;
a) Imej
b) Bahan audio
c) video
d) teks
Semua elemen berikut telah disertakan bersama URLnya sekali. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita mahupun pelawat blog anda untuk membuat dan mencari bahan-bahan sumber rujukan. Secara peribadi, bagi saya tiada masalah untuk menyediakan fail internet yang berkaitan dengan Imej,Bahan audio dan teks. Cuma,bahan video untuk tujuan P&P dalam versi Bahasa Melayu amat kurang. Kebanyakkannya dari negara jiran kita, Indonesia.
Inilah enjin carian yang banyak diguna pakai sepanjang mencari dan mengumpul maklumat. Untuk bahan video, sila gunakan Youtube. Selesai untuk minggu 1. Sekian.
REFLEKSI MINGGU 2
Jari jemari terdorong untuk menaip pada pagi ini. Untuk minggu 2 ini kuliah berjalan seperti biasa. Encik Mohd. Firdaus menerangkan kepentingan beberapa dokumen-dokumen standard pembelajaran yang terkini. Oleh hal yang demikian, kami diminta mencari dan meneliti objektif-objektif yang terkandung dalam kemahiran-kemahiran bahasa yang terdapat dalam dokumen standard Bahasa Melayu. Seterusnya kami diminta untuk menghasilkan situasi dan aplikasi bahan bantu mengajar berdasarkan objektif yang telah kami pilih berdasarkan setiap kemahiran bahasa tersebut. Saya dengan jayanya berjaya memuat turun beberapa dokumen standard tersebut. Untuk memudahkan diri membuat rujukan di masa-masa akan datang. Itulah tujuannya. Minggu 2 melabuhkan tirainya,,,,jumpa lagi di minggu 3...sekian....
REFLEKSI MINGGU 3
Tidak terasa bulan Julai hampir ke penghujungnya. Pada minggu 3 ini, kuliah berjalan seperti biasa. Encik Firdaus pada pagi ini memberikan kuliahnya yang bertajuk dengan Etika Penggunaan Internet dan hal-hal yang berkaitan dengan Hak Cipta. Saya pada mulanya berasa agak kebingungan apabila diminta mencari maklumat yang berkaitan dengan Etika Penggunaan Internet ini. Bukannya apa. Kerana terlampau banyak bahan yang saya dapati dan perolehi melalui enjin carian google. Memang satu kehidupan yang hebat hidup di abad ke-21 ini. Maklumat segalanya di hujung jari. Apatah lagi sekiranya memiliki handphone touch screen. Namun demikian, jangan di salah guna.Gunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna . Inilah yang dimaksudkan dengan ETIKA. Pada minggu ini juga, kami diminta menghasilkan contoh brosur mengenai etika penggunaan internet dan powerpoint Hak-hak cipta...Lenguh menaip..tak terasa masa dua jam kuliah telah pun habis...Bersambung pada minggu keempat..Sekian dan selamat beristirehat.............
REFLEKSI MINGGU 4
Minggu 4 bermula pada hari ini. Encik Mohd Firdaus, selaku pensyarah pembimbing pada pagi ini menyajikan kami dengan lagu klasik tahun 60-an. Sedutan dari filem Bawang Merah Bawang Putih. Agak khusuk juga mendengar lagu-lagu klasik ini. Apa tidaknya, dibuai dengan lagu-lagu dan bahasa yang indah. Itulah kehebatan bahasa Melayu di zaman itu. Sekarang?Terlampau banyak dipengaruhi unsur luar...istilah "selfie-selfie" belum lagi wujud pada zaman itu. Cikgu Firdaus menyifatkan, penggunaan lagu-lagu klasik ini amat membantu kita dalam melaksanakan P&P. Justeru, pada minggu ini kami diminta menghasilkan video yang telah diedit sendiri oleh kami melalui sofware Wondershare. Antara lain kerja-kerjanya adalah seperti memasukkan lirik lagu dalam video terrsebut. Agak payah pada mulanya, tapi berkat bimbingan pensyarah dan rakan sebaya,saya akhirnya berjaya mengedit video tersebut. Tapi,belum lagi sehebat Tan Sri P.Ramlee kalau setakat berjaya mengedit satu sedutan filem sahaja. Inilah dinamakan pembelajaran...Tamat untuk minggu 4...minggu depan jumpa lagi...sekian...
REFLEKSI MINGGU 5
Minggu 5 memulakan tirainya. Awal-awal pagi lagi pensyarah pembimbing kami, Encik Mohd Firdaus menerangkan keberkesanan pengajaran sekiranya dilaksanakan dengan Tapak Pembelajaran. Selepas diberikan penerangan lanjut,barulah saya faham mengenai perkara tersebut. Apabila seseorang guru itu menghasilkan Tapak Pembelajaran, maka kaedah Chalk and Talk itu kita abaikan. Amat mudah untuk melakasanakan P&P sekiranya guru rajin membuatnya menggunakan perisian komputer seperti power point dan sebagainya. Tetapi mahu membuatnya bukanlah kerja-kerja yang senang. Banyak aspek perlu difikirkan berdasarkan kesesuaian objektif. Justeru, ia amat memerlukan kesabaran dan mentaliti yang tinggi. Sekian untuk minggu 5 ini....
Sila mula membuat catatan refleksi
BalasPadam